Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayi lelaki ditemui di kawasan pembuangan sampah

ByBernama

KOTA KINABALU, 6 Oktober — Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru dilahirkan ditemui di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai berhampiran sebuah pasar raya di sini malam ini. 

Bayi itu ditemukan orang awam yang melintas di kawasan itu kira-kira 7 malam tadi sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. 

“Polis yang tiba di lokasi kejadian menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya…siasatan masih dilakukan terutama bagi mengesan suspek terlibat,” katanya di sini. 

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan