KUCHING, 6 Okt: Mewujudkan Pelan Pemulihan Pasca Covid, menubuhkan dasar, kemudahan dan perkhidmatan sebagai persediaan untuk Penuaan Negara melalui kerjasama dengan MyAgeing Institute merupakan usaha Kementeriakan Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)menjaga kebajikan masyarakat
Menurut menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah, KWKPK telah membuat kemajuan besar selama satu tekad ini bagi memastikan tidak ada masyarakat yang ketinggalan dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan setiap rakyat Sarawak dijaga dengan baik.
“Kumpulan sasar kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi juga kanak-kanak, wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya, gelandangan dan warga emas, di samping menangani isu-isu sosial yang mengancam kesejahteraan rakyat,” ujarnya ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 ke kementeriannya.
Majlis tersebut telah berlangsung pada hari ini dengan bertemakan “Sedekad merentasi masa, KWKPK Mensejahterakan Rakyat”.
“Kumpulan sasar kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi juga kanak-kanak, wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya, gelandangan dan warga emas, di samping menangani isu-isu sosial yang mengancam kesejahteraan rakyat,” ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.
Tambahnya lagi, KWKPK kini lebih mampu merancang serta melaksanakan aktiviti dan program intervensi yang melibatkan masyarakat.
Jelasnya, ia selari dengan aspirasi melestarikan masyarakat yang sejahtera dan kewujudan yang berdigniti, Fatimah berkata, KWKPK akan terus melangkah ke hadapan bagi memastikan masyarakat yang kurang berkemampuan akan terus terbela.
Selain itu, pendigitalan sistem secara bersepadu menggunakan iSarawakCare yang akan siap dibangunkan pada tahun 2022, bagi memudah serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan serta kemudahan kepada pelanggan.
Dalam pada itu, KWKPK akan menangani jangkaan dan harapan masyarakat yang semakin kompleks terhadap perkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh mementerian serta meningkatkan indeks kesejahteraan sosial Sarawak. -TVS