Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan hadir pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Nov 5 -- Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law) Datuk Takiyuddin Hassan attends the Parliament sitting at the Dewan Rakyat today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Rebat, diskaun bil elektrik kelak tertakluk kedudukan kewangan kerajaan – Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 6 Oktober — Sebarang pertimbangan untuk pemberian rebat atau diskaun  bil elektrik pada masa akan datang adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menyatakan perkara itu pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan sedar bahawa semua kategori pengguna elektrik terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

“Pada 2020 kerajaan memberikan diskaun bil elektrik melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.75 bilion yang dibiayai bersama Kementerian Kewangan melalui dana Kumpulan Wang COVID-19 (KWC), dana Kumpulan Wang Industri Elektrik dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada cadangan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PAS-Setiu)  pada sesi perbahasan, agar pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik perusahaan mikro kecil dan sederhana yang berakhir pada 30 Sept lepas dilanjutkan hingga Disember ini.

Takiyuddin berkata pemberian diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus secara bersasar kepada pengguna domestik dan diskaun lima peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi tempoh 1 Julai hingga 30 Sept 2021 di Semenanjung dan Sabah itu, melibatkan peruntukan RM487 juta.

Sementara itu dalam respon kepada isu perlombongan diutarakan Wong Chen (PH-Subang),  beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) tidak dikeluarkan untuk perlombongan di atas tanah berstatus Hutan Simpanan Kekal atau rizab perlindungan, serta kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam.

“Malah Kerajaan Persekutuan juga amat tidak bersetuju jika ada cadangan untuk kerajaan negeri membuat pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan perlombongan,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan