Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak komited menjaga kebajikan rakyat melalui KWKPK

ByDayu Adruce

KUCHING, 6 Okt: Kerajaan Negeri Sarawak akan terus komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya terbela melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 KWKPK.

Antara fokus kerajaan adalah bagi memastikan setiap kanak-kanak di negeri Sarawak diberikan pendidikan awal bagi memastikan kanak-kanak terdedah dengan alam persekolahan yang berkualiti.

“Pendedahan alam persekolahan perlulah diurus dengan sebaiknya tidak kira di bandar ataupum luar bandar jika ingin menuju ke arah masyarakat yang maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah ada perancangan bagi memastikan kebajikan rakyat terutamanya warga emas akan terus di jaga dan diberi perhatian.

Menurut beliau, kerajaan negeri sedang mengkaji cara untuk memastikan golongan warga emas mendapat bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan mereka setelah tidak bekerja lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai intensif lain yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Sarawak melalui KWKPK.

Antara inisiatif tersebut ialah Kenyalang Gold Card (KGC), Endowment Fund Sarawak (EPS), Bantuan Ibu Bersalin (BTB), Geran Tahunan Khas (GTK), Geran Pelancaran, Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, Rakan Strategik KGC, Kad OKU dan Bakul Prihatin Negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan