Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jentera GPS sentiasa bersedia

ByConnie Grace

KUCHING, 6 Okt: Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkinan seperti pembubaran Dewan Undangan Negeri dan kemudian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Bagaimanapun, menurut Naib Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Sekiranya pandemik COVID-19 dapat ditangani, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung perkara itu.

“GPS sudah bersedia jika ia dilaksanakan pada bila-bila masa. Kita tahu apa yang kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Anugerah Pelajar cemerlang SMK Asajaya.

Terdahulu, Seri Paduka dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) mulai 2 Ogos sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 yang dikeluarkan berikutan Proklamasi Darurat Sarawak itu menyatakan Seri Paduka boleh menamatkan proklamasi itu lebih awal setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan