Kuching, 6 Okt: Individu yang masuk ke Sarawak perlu mengambil ujian calitan RT-PCR atau RTK-Ag di klinik atau makmal kesihatan sahaja.
Menurut panduan enterSarawak,Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menetapkan kit ujian kendiri COVID-19 RTK-Ag berasaskan air liur tidak diterima untuk masuk ke Sarawak.
Ini merupakan antara salah satu syarat bagi setiap individu untuk melengkapkan dokumen sebelum dimuat turun ke dalam sistem enterSarawak. – TVS