Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hanya 19 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

KUCHING, 6 Okt : Hanya 19 daripada 1,503 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 1,484 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 219,629.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 427 kes, diikuti Miri (203), Bau (159), Sibu (154) dan Samarahan (70),” menurut JPBN.

Selain itu, 21 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 28 Sept hingga 5 Okt, selain satu kematian pada 12 Jun yang dilaporkan hari ini.

Jumlah kluster yang aktif di Sarawak pula kini sebanyak 93.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan