Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Olimpik negara, Nur Dhabitah Sabri dipilih mengetuai ikrar pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi di sini hari ini.

Dhabitah Sabri ketuai ikrar pelajar baharu UKM

ByFirdaus Ismail

BANGI, 6 Okt : Atlet terjun Olimpik negara, Nur Dhabitah Sabri mengetuai bacaan ikrar pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2021/2022.

Nur Dhabitah yang meraih tempat keempat dalam final acara terjun tiga meter papan anjal di Sukan Olimpik 2020 pada Julai lepas akan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Nur Dhabitah berkata, dia lebih gementar mengetuai lebih 4,000 mahasiswa UKM melafazkan ikrar pelajar baharu secara dalam talian berbanding melakukan terjunan pada kejohanan yang disertainya.

“Apabila dapat tahu kena ketuai ikrar pelajar saya sudah mula gementar tapi tahniah semua orang melakukan tugas dengan baik hari ini dan saya gembira menjadi sebahagian daripada majlis hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis bacaan ikrar pelajar di UKM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd. Ekhwan Toriman dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr Mohammad Kassim.

Nur Dhabitah yang pernah merangkul pingat gangsa pada Siri Dunia Terjun FINA merupakan antara 4,363 mahasiswa baharu UKM yang akan mengikuti pelbagai bidang pengajian di 13 fakulti universiti.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana akan membahagian masa antara tugas sebagai pelajar universiti dan atlet negara, Nur Dhabitah berkata, semuanya bergantung kepada kebijaksana mengatur jadual pengajian, sesi latihan dan kejohanan yang bakal disertainya.

” Saya tidak mahu tangguhkan pengajian lagi. Sekiranya ada masalah, saya akan berbincang dengan jurulatih dan pensyarah bagi memastikan saya dapat mengimbangkan antara kedua – dua bidang ini,” katanya.

Pada masa sama, Nur Dhabitah berkata, dia juga sudah memulakan latihan untuk menghadapi tahun 2022 yang sangat sibuk.

” Tiga kejohanan utama yang saya fokus pada tahun depan ialah Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Ekhwan berkata, Nur Dhabitah memasuki UKM menerusi pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

” Secara keseluruhan kita menerima 43,230 permohonan tetapi tawaran hanya diberikan kepada 6,225 untuk pengajian Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan Diploma Pascaiswazah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan