Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Covid-19 : Saringan individu bergejala, kontak rapat punca kes di beberapa daerah di Sabah meningkat

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Oktober — Peningkatan saringan ke atas individu bergejala dan kontak rapat membawa kepada penambahan kes baharu COVID-19 di beberapa daerah di Sabah, yang menyebabkan kes positif di negeri ini meningkat kepada 805 kes hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 201,878 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata peningkatan tertinggi adalah di daerah Ranau apabila 87 kes dilaporkan, diikuti Kota Kinabalu 75 kes, Kota Belud (60 kes), dan Keningau serta Kota Marudu masing-masing 59 kes.

“Bagaimanapun tiada daerah yang mencatatkan tiga angka,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata setakat ini seramai 1,845,411 penduduk Sabah telah menerima dos lengkap vaksin dan daripada jumlah itu, seramai 1,844,507 orang melibatkan 66.9 peratus penduduk dewasa.

“Seramai 278,702 orang atau 65.4 peratus remaja telah menerima satu dos vaksin dan seramai 904 orang telah lengkap dua dos vaksin setakat ini,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan