Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saksi pendakwaan kes rasuah terowong dasar laut mati jatuh kondominium

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Okt : Saksi utama pihak pendakwa bagi perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Jalan Kelawai pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu kepada media, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, lelaki berusia 53 tahun itu yang juga pemaju hartanah mati di tempat kejadian.

” Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, lelaki itu pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan