Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 5 Okt -- Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim pada sidang media selepas pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.? -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Akta tangani risiko bencana dibangunkan

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Okt: Akta untuk menangani risiko bencana akan digubal tahun hadapan sebagai usaha mengenal pasti risiko bencana serta menerapkan kesiapsiagaan masyarakat, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Beliau berkata satu dasar pengurangan risiko bencana juga akan disediakan tahun ini sebagai mitigasi pengurangan bencana.

“Ini penting sebab kita hendak memperkenalkan kesedaran, pembudayaan serta menggerakkan agensi berkaitan, dari segi mengenal pasti cerun bahaya dan penguatkuasaan, serta jalan-jalan yang bakal tertutup jika berlaku bencana, dan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 bertemakan Keluarga Malaysia Siaga Bencana oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di perkarangan kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Timbalanya Datuk Mastura Mohd Yazid, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Aminuddin berkata BKN disambut pada Oktober setiap tahun bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak terhadap bencana, khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh dan pelbagai jenis bencana seperti banjir lumpur serta tanah runtuh.

Beliau berkata Nadma menjangkakan banjir tahun ini akan sama seperti tahun lepas, di mana masyarakat akan berdepan dengan pandemik COVID-19 dalam bencana.

“Gerak kerja agensi berkaitan akan diaturkan untuk memastikan bencana dapat ditangani dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata Nadma telah mengenal pasti beberapa kepincangan lepas untuk ditambah baik, antaranya menerusi pembangunan portal e-sumbangan bagi memastikan pengagihan bantuan, makanan kering dan pakaian perlindungan diri (PPE), yang lebih berkesan dalam membendung penularan.

Beliau berkata portal e-sumbangan itu akan menjalani ujian perintis di Johor dan Kelantan. – BERNAMA

Tags: #bm, bencana, nadma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan