Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tragedi bot karam: Pembantu tekong giat dicari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 4 Okt: Operasi carilamat (SAR) bagi mengesan pembantu tekong, iaitu seorang lagi mangsa tragedi bot karam diteruskan pada hari ketiga.

Pencarian dibantu aset udara dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuat pencarian melalui udara di sekitar perairan Pulau Satang.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus mengucapkan terima kasih atas bantuan tiga aset dari PGU PDRM iaitu Beachcraft King Air B300, Helicopter Ecureuil AS355N serta Pesawat Cessna Caravan C208.

“Keluasan pencarian pada hari ini merangkumi 795.31 batu nautika persegi,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, tiada sebarang petunjuk baharu mengenai mangsa ditemui setakat jam 3 petang.

Pencarian hari ketiga turut disertai beberapa bot pancing komuniti maritim sekitar.

Pada 2 Oktober lalu, lapan pemancing dan dua kru bot dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki dilaporkan karam di perairan Pulau Satang.

Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa iaitu pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi masih dilaporkan hilang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan