Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Proses temu duga calon guru pengambilan ‘one-off’ belum selesai – Mohamad

KUCHING, 4 Oktober– Pengambilan sejumlah 18,000 guru secara one-off bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Johor, Sabah dan Sarawak kini masih di peringkat temu duga calon, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.                     

Beliau berkata dengan pengambilan itu nanti, masalah kekurangan guru yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu akan dapat diselesaikan.

“KPM akan memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak dahulu. Selain dua negeri ini, Johor juga mengalami masalah kekurangan guru,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan  Pendidikan Khas Matang Jaya, di sini hari ini.

Pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan berdasarkan data  KPM sehingga 19 Sept menunjukkan terdapat 21,564 kekosongan guru di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Dr Norisah Suhaili berkata daripada sejumlah 39,000 guru di negeri ini, kurang daripada satu peratus yang masih belum menerima vaksinasi COVID-19.

“Memang ada guru yang dilaporkan masih tidak mahu menerima vaksin atas alasan kesihatan dan agama, selain ada yang masih tidak bersedia. Pihak KPM akan memanggil serta bersemuka dengan mana-mana guru yang masih enggan menerima vaksin,” tambahnya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan