Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petronas dan Petroleum Sarawak
Petronas dan Petroleum Sarawak

Petronas beri khidmat nasihat, sokongan teknikal bagi Projek Metanol Sarawak

KUCHING, 4 Okt: Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memeterai perjanjian dengan Sarawak Petchem Sdn Bhd untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal bagi loji metanol mega pertama di Sarawak.

Pengerusi PGTSSB, Noor Ilias Mohd Idris berkata, perjanjian tersebut merangkumi khidmat nasihat mengenai perkhidmatan teknikal, perolehan dan pemulihan, serta sokongan operasi dan penyelenggaraan yang kritikal untuk Projek Metanol Sarawak yang merangkumi keseluruhan peringkat pelaksanaan dan operasi projek.

Katanya, kerjasama terkini itu menunjukkan komitmen Petronas untuk menyokong Sarawak Petchem melaksanakan projek mega, sesuai dengan aspirasi ‘One Team One Goal One Spirit, Building Legacy’.

“Perjanjian ini juga menandakan satu lagi pencapaian kerjasama antara Petronas dan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha pertumbuhan negeri, khususnya bagi sektor hiliran petrokimia.

“Petronas sangat gembira menjadi rakan kongsi tenaga dan penyelesaian pilihan Sarawak Petchem untuk menyokong kejayaan projek bersejarah ini bagi usaha penerokaan minyak dan gas Sarawak ke dalam sektor petrokimia,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, PGTSSB komited untuk membantu mempermudah visi Sarawak untuk kilang metanol mega pertamanya dengan kepakaran teknikal dan penyampaian projek terbaik.

“Pakar tempatan PGTSSB mempunyai pelbagai disiplin teknikal dengan pengalaman dalam projek sama di Malaysia, dan mereka dapat menyumbang untuk memastikan saluran bakat teknikal yang berterusan dalam Sarawak Petchem melalui pemindahan pengetahuan,” katanya.

Pada 2018, PETRONAS Chemicals Marketing (Labuan) Ltd menjadi rakan Sarawak Petchem untuk memasarkan produk metanol untuk projek berkenaan.

Pada masa ini, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) menyediakan latihan teknikal kepada kakitangan Sarawak Petchem dalam bidang operasi, penyelenggaraan dan kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

Kumpulan pelatih pertama sudah memulakan latihan teknikal mereka di INSTEP pada Ogos menerusi Latihan Dipimpin Tenaga Pengajar Maya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan