Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUANTAN, 23 Julai -- Deretan kenderaan memasuki kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanjung Lumpur lewat petang hari ini. Lokaliti yang dikenakan PKPD membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kampadang, Sungai Soi dan Kampung Pahang. Jumlah kenderaan yang melalui SJR itu kebiasaannya meningkat pada waktu puncak berikutan pergerakan sebahagian penduduk yang dibenarkan keluar bekerja di bawah sektor perkhidmatan penting untuk beroperasi. PKPD dilaksanakan di lokaliti terbabit sejak 18 Julai lepas bagi mengekang penularan COVID-19 berikutan peningkatan kes di daerah Kuantan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mungkinkah kebenaran rentas negeri dalam minggu ini?

KUCHING, 4 Okt: Mengikut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, sebanyak 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing setakat 3 Oktober.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal hanya kira-kira 2.4 peratus.

Ini bererti pergerakan rentas negeri mungkin dibenarkan dalam minggu ini.

Sebelum ini juga, berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM), rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Malah, menerusi wawancara eksklusif Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini sudah semakin hampir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan