Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lemas

Mayat remaja lelaki ditemukan di Pantai Miri

ByBernama

LABUAN, 4 Oktober — Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda bersama abang tirinya semalam, ditemukan di pantai Sungai Miri, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, ditemukan terdampar di pantai berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan pada 5 pagi tadi.

Pengarah JBPM Labuan Ismaidi Ismail berkata ketika kejadian 2 petang semalam, mangsa dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira 1 tengah hari sebelum insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Al Faiez ditemukan terapung tidak jauh dari pantai itu dan diselamatkan setengah jam kemudian selepas operasi SAR dijalankan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan