Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pulau Langkawi di Kedah dipilih sebagai lokasi pertama untuk projek rintis gelembung pelancongan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini.

Hanya sebuah hotel di Langkawi catat positif COVID-19 libatkan petugas

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Okt : Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan setakat ini hanya sebuah hotel di Pulau Langkawi yang dikesan mempunyai kes jangkitan COVID-19 di kalangan petugasnya dan ahli keluarga mereka.

Pengarahnya, Dr. Othman Warijo berkata, berdasarkan saringan dilakukan, sebanyak 50 kakitangan hotel berkenaan disahkan positif dan kini sedang menjalani kuarantin.

” Sehubungan itu, hotel berkenaan juga ditutup. Secara keseluruhan seramai 249 orang yang terdiri daripada kakitangan hotel berkenaan dan ahli keluarga mereka telah menjalani ujian calitan dengan jumlah yang positif ialah sebanyak 59 orang,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kes positif melibatkan pelancong ke Langkawi pada 30 September lepas dan siasatan mendapati ia berpunca daripada penularan dalam komuniti.

Perkembangan berkenaan juga katanya tidak menjejaskan perlaksanaan inisiatif gelembung pelancong yang dilaksanakan kerajaan di pulau itu.

” Ketika ini Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan pengusaha hotel dan pelancong yang tiba,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya menjangkakan peratusan populasi dewasa di negeri itu yang lengkap divaksin mencecah 80 peratus akan dicapai pada minggu kedua bulan ini.

Katanya, ketika ini jumlah yang telah lengkap divaksin di Kedah ialah sebanyak 1.287 juta orang atau bersamaan 70. 4 peratus.

” Bagaimanapun, ada negeri yang sukar mencapai kadar lengkap vaksin 90 peratus disebabkan pelbagai faktor seperti penduduknya menetap dan bekerja serta mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin di negeri lain seperti mana yang dihadapi Kedah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan