KAPIT: Enam buah rumah panjang dan tiga buah sekolah di kawasan Batang Baleh di daerah Bukit Mabong terjejas akibat banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, pemantauan yang dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit mendapati rumah panjang yang terjejas adalah Rumah (Rh) Rentap, Nanga Entawau, Balleh, Rh Unggam Majau, Nanga Entawau, Balleh dan Rh Soselly Sintau Sumok.
Turut terjejas ialah Rh James Bandak, Nanga Sempilih, Balleh, Rh John Katil, Karangan Ara, Balleh dan Rh Panyau, Nanga Kemalih, Balleh.
“Manakala, sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Koh, SK Nanga Sempili dan SK Sungai Kain,” ujar Erwandy.
Tambahnya, bantuan makanan juga telah dihantar kepada penduduk di enam buah rumah panjang terbabit pada Ahad.
Agensi lain yang terlibat termasuk Pejabat Residen Bahagian Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mabong, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit.