Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

UKM tidak naikkan yuran

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 Okt : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menaikkan kadar yuran bagi penuntut yang akan mendaftar bagi sesi 2021/2022 atau masih menuntut di universiti berkenaan.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsanya, Profesor Dr. Mohammad Kassim berkata, keputusan itu sebagai tanda keprihatinan UKM dan memahami situasi semasa terutamanya pelajar dari golongan B40.

” Oleh itu, UKM memutuskan tiada sebarang perubahan yuran pengajian kepada semua pelajar termasuk pra dan pasca siswazah tempatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebelum ini mengumumkan berita baik buat pelajar Universiti Awam (UA) bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 apabila kerajaan menawarkan pengurangan yuran pengajian 20 peratus.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, keputusan UKM juga selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi pada September lalu.

” Oleh itu, UKM mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus bagi kemasukan semester 1 sesi akan datang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan