Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada kluster baharu, Sarawak catat 1,418 kes pada Ahad

KUCHING: Tiada kluster baharu dikesan di Sarawak menjadikan jumlah kluster aktif kekal 102.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat 5 kluster turut diisytiharkan tamat.

“Ia melibatkan Kluster Semada, Serian, Kluster Nanga Bengap, Lubok Antu, Kluster Simpang Bakun, Bintulu, Kluster Jalan Market, Bau, dan Kluster Warong Metrocity, di Kuching.” kata kenyataan itu.

Sarawak kekal negeri tertinggi apabila mencatatkan 1,418 kes.

1,407 kes atau 99.22 peratus individu yang dijangkiti meliputi mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

Sementara itu terdapat 11 kes atau 0.78 peratus lagi membabitkan individu yang mempunyai jangkitan paru-paru , memerlukan alat bantuan oksigen dan mesin ventilator.

Sebanyak 12 kes kematian baharu direkodkan dari 29 September hingga 1 Oktober 2021.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan