Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petugas menunjukan vaskin sinovac sebelum melakukan vaksinasi covid-19 tahap I di Rumah Sakit Universitas Indonesia di Depok, Jawa Barat, Kamis (14/1/2021). Tahap I vaksin diberikan kepada pejabat daerah dan tenaga kesehatan di seluruh fasilitas kesehatan (faskes). Foto: Dery Ridwansah/ JawaPos.com

Populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin cecah 87.2 peratus

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 Okt : Jumlah populasi dewasa di negara ini yang lengkap divaksin kini mencecah 87.2 peratus setakat semalam.

Menurut kemaskini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), peratusan berkenaan mewakili sebanyak 29, 511 444 juta penduduk yang telah menerima suntikan pelalian sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan pada Februari lalu.

Ketika ini, jumlah populasi dewasa yang telah menerima sekurang -kurangnya satu dos pula mencecah 94.3 peratus.

” Seramai 6,872 148 juta individu dewasa di Lembah Klang telah melengkapkan suntikan masing – masing manakala seramai 7,364 632 juta telah mendapat suntikan pertama,” jelas jadual grafik yang dikongsi JKJAV.

Berdasarkan jadual berkenaan juga, seramai 98.7 peratus populasi dewasa di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan lengkap divaksin diikuti Negeri Sembilan sebanyak 97.7 peratus, Perlis (91.8 peratus) dan Sarawak dengan 89.6 peratus.

Sementara itu, sebanyak 211 517 suntikan vaksin diberikan di seluruh negara semalam dengan Johor menjadi negeri tertinggi iaitu sebanyak 30 795 bagi dos pertama dan kedua.

Perak pula mencatatkan 27, 265 suntikan dos pertama dan kedua dan diikuti Sarawak sebanyak 26,849 suntikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan