Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perbuatan ‘pandang memandang’ cetus pergaduhan bersenjata

ByFirdaus Ismail

GEORGETOWN, 3 Okt : Hanya kerana saling pandang memandang membabitkan dua kumpulan lelaki yang sedang menikmati minuman keras di sebuah restoran di sini, ia bertukar menjadi pergaduhan bersenjata.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pada 30 September lepas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut menerima maklumat terdapat pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di Lebuh Farquhar kira – kira pukul 11.45 malam.

” Sehubungan itu, sepasukan anggota polis telah ke tempat kejadian dan berjaya menahan tiga lelaki Cina. Siasatan lanjut membawa kepada penahanan sembilan lagi lelaki di sekitar pusat bandar,” katanya menerusi kenyataan media.

Kejadian berkenaan turut tular apabila beberapa video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter NanManjoi8715 yang memaparkan pergaduhan beberapa individu di tempat awam.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, ketika pergaduhan, dua kumpulan berkenaan turut menggunakan botol arak sebagai senjata.

” Kesemua suspek yang ditangkap berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 39 tahun. Lima daripadanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan badan,” katanya.

Katanya, berdasarkan rekod, tiga daripada 12 suspek pernah ditahan atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Kesemua mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki senjata semasa rusuhan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan