Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petronas dan Petroleum Sarawak
Petronas dan Petroleum Sarawak

Kerajaan Sarawak digesa campur tangan keputusan Petronas beri kontrak kepada syarikat luar – SPECA

KUCHING: Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) menggesa kerajaan negeri campur tangan berhubung keputusan Petronas memberi kontrak kepada sebuah syarikat di luar Sarawak bagi kerja-kerja bukan khusus di pesisir pantai negeri itu.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden Datuk Rahman Lariwoo berkata salah seorang ahlinya yang turut membida bagi kerja-kerja pembekalan bahan letupan alternatif serta mengecat untuk Petronas Carigali, mendapati kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah firma yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

“Kontrak itu melibatkan kerja penyediaan peralatan, tenaga kerja serta barangan keperluan untuk tugas letupan alternatif di kawasan pesisir pantai Sarawak.

“Skop ini bukannya tugas sukar (tidak memerlukan kepakaran tinggi) dan ada banyak syarikat-syarikat Sarawak yang boleh menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.

Rahman berkata, tanpa campur tangan kerajaan negeri Sarawak, syarikat-syarikat negeri itu yang terbabit dalam industri minyak dan gas akan kecewa kerana telah berusaha meningkatkan kemahiran bagi mendapat layanan adil daripada Petronas.

“Penganugerahan tender tersebut tidak selari dengan objektif kerajaan negeri Sarawak untuk mewujudkan lebih banyak syarikat-syarikat negeri ini yang terbabit dalam industri minyak dan gas,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan