Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kematian Zolkples Embong tiada unsur jenayah – Polis

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 3 Okt : Polis mengesahkan kematian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, talian kecemasan MERS 999 menerima panggilan daripada seorang wanita pada pukul 8.31 pagi tadi memaklumkan dia gagal menghubungi Zolkples yang juga bekas majikannya sejak semalam.

” Zolkples tinggal seorang diri di rumah teres dua tingkat di Pandan Indah dan tidak pernah berkahwin. Pemeriksaan di tempat kejadian dan pada badannya tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan dikesan polis di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, beberapa laporan media tempatan melaporkan Zolkples yang juga bekas Ketua Pengarah MSN sejak 2004 hingga 2014 dilaporkan meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat penyakit jantung.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, laporan polis dibuat oleh anak saudaranya dan polis dimaklumkan Zolkples pernah melakukan pembedahan jantung kira -kira 10 tahun lepas dan tidak pernah membuat rawatan susulan selepas itu.

” Keluarganya juga memaklumkan arwah membuat ujian calitan COVID-19 pada Jumaat lepas dan keputusannya negatif,” katanya.

Beliau memberitahu, jenazah akan dibawah ke Masjid Sri Petaling untuk pengurusan dan akan dibawa ke Kampung Sura, Dungun , Terengganu untuk dikebumikan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan