Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak – kanak autisme dikasari pengurus warga asing di pusat asuhan

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 3 Okt : Hanya kerana enggan menjamah makanan dan ‘melarikan diri’ dari meja makan, seorang kanak – kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme lebam pada bahagian bahu dan mukanya akibat dikasari oleh seorang pengurus wanita di situ.

Bagaimanapun, tindakan kasar wanita berusia 51 tahun itu yang juga warga asing itu membawa padah apabila ditahan polis selepas bapa kanak -kanak berusia enam tahun itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pada Jumaat lepas, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengurus kargo ketika mengambil anaknya pada tengah hari melihat kesan lebam pada bahagian bahu dan di bahagian mata kanan dan kini.

Ujarnya, seorang cikgu yang bertugas di situ memaklumkan bahawa kesan lebam yang dialami anaknya berpunca daripada tindakan anaknya yang menghantuk kepala pada meja kerana tidak mahu makan.

” Akibat curiga, bapanya telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pengurus berkenaan bertindak agak kasar terhadap anaknya,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Kejadian berkenaan juga tular apabila dikongsi di Facebook dan sehingga kini menerima ribuan komen dan dikongsi oleh pengguna media sosial yang rata -rata menyuarakan kemarahan berikutan tindakan kasar pengurus wanita berkenaan.

Menurut Mohamad Farouk, kanak-kanak berkenaan telah dihantar oleh bapanya di pusat asuhan berkenaan sejak lapan bulan lalu.

” Sehubungan itu, polis telah menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya petang semalam,” katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati pusat asuhan berkenaan telah beroperasi selama tujuh tahun dan lesennya telah tamat tempoh sejak dua bulan lepas.

” Sementara itu, pas lawatan sosial milik suspek juga disyaki telah tamat tempoh sejak lebih setahun yang lalu. Suspek direman hingga Selasa depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan