KUALA LUMPUR, 3 Okt : Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk SeriĀ Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Mengikut laporan Bernama, Zolkples meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berkongsi perkembangan berhubung berita itu menerusi hantaran Facebooknya pagi ini.
Menurut Ahmad Shabery yang memegang jawatan berkenaan dari 2009 hingga 2013 , beliau kehilangan seorang rakan dan guru yang banyak mengajarnya tentang dunia sukan.
” Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat. Alfatihah,” tulisnya. -TVS