Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Basmi isu penyalahgunaan dadah di Bintulu hingga ke akar umbi – Talib

BINTULU, 2 Okt : Masyarakat digalakkan menggembleng tenaga bersama kerajaan dalam usaha membanteras isu salah guna dadah khususnya di daerah ini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) , Datuk Talib Zulpilip berkata, isu penyalahgunaan dadah dilihat seolah -olah tidak berkesudahan dan oleh itu, semua pihak tidak boleh terus berpeluk tubuh.

“Sehubungan itu, program kesedaran dan ceramah adalah salah satu langkah proaktif bagi membanteras isu dadah .

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip

“ Saya percaya semua pihak perlu menggalas tugas dan tanggungjawab masing-masing termasuklah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum, para belia dan beliawanis serta pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap padaMajlis Perasmian Program Community Empowerment “Kita kongsi fakta dadah, selamatkan nyawa’ Daerah Bintulu , Kawasan Dun N67 , Jepak di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak , Iskandar Turkee.

Mengulas lanjut, Talib berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Bintulu.

“Kita berharap program pada hari ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada para peserta dalam mempersiapkan diri bagi menggalas tugas sebagai agen awam dalam membasmi najis dadah dalam masyarakat,” katanya.

Menurutnya, usaha membanteras isu salah guna dadah dan substance di daerah ini perlu meliputi keseluruhan kawasan termasuk kampung, perumahan dan ladang.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak berkata, seluruh ahli masyarakat termasuk ahli keluarga, sahabat handai perlu meningkatkan kesedaran dan membawa persepsi membenci dan ingin menangani isu dadah.

“Kita perhebatkan usaha dengan membina akhlak yang mulia berteraskan integriti dan bersedia membanteras isu najis dadah di mana sahaja kita berada,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau turut menggalakkan ibu bapa dan guru untuk menanam nilai-nilai murni dalam kalangan anak muda untuk berasa  jijik terhadap penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan statistik salah guna dadah di laman sesawang Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), pada tahun lepas, seramai 128 325 individu dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah di seluruh negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan