Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Skills berupaya lahirkan belia yang memenuhi keperluan industri

ByFebbright James

KUCHING, 1 Oktober: Sejajar dengan matlamat Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk dijadikan sebagai salah satu fokus utama dalam pembangunan negara khususnya pembangunan Sarawak, Sarawak Skills mengambil peluang tersebut dalam usaha melahirkan belia yang memiliki  kemahiran insaniah.

Menurut Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri, hal ini bertujuan menyediakan mereka bagi tujuan keperluan industri kerja yang memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang khusus.

“Usaha ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada Sarawak Skills dalam memperjuangkan dan memartabatkan TVET sebagai pendidikan utama bagi belia-belia di Sarawak.

“Salah satu usaha Sarawak skill dalam memacu pembangunan belia di Sarawak adalah menyediakan 12 jurusan seperti jurusan kejuruteraan  mekatronik, pertanian termasuk pengetahuan dan kemahiran berasaskan industri kelapa sawit, pereka grafik, kimpalan dan banyak lagi,” jelas Hallman.

Matlamat dan inisiatif tersebut baru-baru ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.

Hallman turut memaklumkan pihaknya sedaya upaya berusaha menyediakan graduan yang mahir dalam bidang teknologi selaras dengan perkara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya, Sarawak Skills berasa teruja apabila RMK-12 menjadikan Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu fokus utama dalam pembangunan negara khususnya pembangunan Sarawak.

Lantaran itu, antara usaha yang diketengahkan oleh Sarawak Skills dalam memastikan kebolehpasaran graduan adalah dengan menekankan aspek teknologi moden selaras dengan keperluan industri.

Dalam pada itu, Hallman memaklumkan 92 peratus daripada lepasan TVET berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

“Ini satu pencapaian yang baik dan kemajuan bagi Sarawak Skills dalam membangunkan belia yang berkemahiran,” ujarnya selepas kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di wisma bapa hari ini.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Setiausaha Majlis Pengurusan Sarawak Skills, Dato Hajjah Maznah itu bertujuan untuk menjelaskan hala  tuju dan perancangan  i-CATS Univerisity College sehingga tahun 2030.

Untuk rekod, Sarawak Skill atau Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak adalah pusat yang menyediakan Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk lepasan sekolah di Sarawak.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan