Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Diskaun 50 peratus kadar penginapan Sia Sitok Sarawak menjelang Oktober

ByOdleen Catherny

KUCHING, 1 Okt : Dalam menunjukkan komitmen Sarawak untuk mencari jalan bagi memberi insentif dan menyokong industri pelancongan, jenama Sia Sitok Sarawak memperkenalkan versi baru kempennya iaitu Sia Sitok Sarawak Accomodation (SSSA) yang menawarkan potongan harga 50 peratus untuk harga penginapan.

Menurut Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), tawaran berkenaan adalah bagi hotel dan resort yang tersenarai di bawah platform MAH Sarawak Chapter di www.hotelsarawak .com kepada warga dan penduduk Sarawak.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada langkah tambahan untuk menyokong sektor penginapan semasa wabak COVID-19.

“Berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November, Sia Sitok Sarawak Accomodation (SSSA) adalah kempen susulan jenama Sia Sitok Sarawak yang menawarkan potongan harga 50 peratus bagi harga penginapan untuk hotel dan resort,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menekankan Sarawak komited sepenuhnya untuk mencari jalan bagi memberi insentif dan menyokong industri pelancongan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran maya acara MTAC dan Lembaga Pelancongan

“Sarawak diberkati dengan keajaiban budaya, pengembaraan, alam, makanan dan festival unik Sarawak (atau CANFF).

“Kami berharap dapat menarik minat rakan-rakan Sarawak untuk merasakan keramahan Sarawak melalui tawaran hebat ini dan menjadi duta Sarawak dengan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan dan keluarga mereka, ” kata Abdul Karim sambil menekankan pentingnya mematuhi SOP negeri untuk memastikan keselamatan orang ramai semasa wabak ini.

Kempen SSSA merupakan kerjasama antara STB dan Malaysian Association of Hotels (MAH) Sarawak Chapter.

Kempen SSSA adalah kempen dan usaha terbaru STB untuk meningkatkan pelancongan domestik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan