Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Demi kasih, Puteri Mako lepaskan status kerabat, harta untuk kahwini rakyat biasa

ByTVS

Nasi lah lemak buah bidara

Sayang selasih hamba lurutkan

Tinggallah emak tinggal saudara

Kerana kasih hamba turutkan

Cinta Puteri Jepun, Puteri Mako terhadap bakal suaminya, Kei Komuro, 29 seolah-olah dapat digambarkan melalui rangkap pantun di atas, sesuai dengan situasi yang dihadapinya apabila cinta mengatasi segala-galanya termasuklah harta, kedudukan dan gelaran diraja.

Puteri itu sanggup melepaskan gelaran diraja dan harta yang sepatutnya diturunkan kepadanya kerana ingin berkahwin orang kebiasaan.

Pantun lama di atas juga  seolah-olah menggambarkan situasi yang dihadapi Puteri Mako selepas melalui perhubungan kontroversi dengan bekas rakan sekuliahnya.

Rentetan daripada keputusannya itu untuk mengahwini tunangnya, anak saudara kepada Maharaja Jepun ini  akan melepaskan status diraja dan menjadi orang kebiasaan.

Ini menjadikan Mako, puteri sulung Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama yang tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas perang dunia kedua. .

Pasangan ini kali pertama bertemu pada tahun 2012 sebagai pelajar di International International Christian University di Jepun.

Mereka kemudian bertunang pada tahun 2017 dan merancang untuk berkahwin setahun selepas itu.

Pasangan ini pada awalnya akan berkahwin pada tahun 2018, tetapi ditangguhkan kerana keluarga Komuro mengalami masalah kewangan.

Mengikut peraturan semasa, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Agensi istana Jepun berkata, tarikh perkahwinan Puteri Mako dan Kei Komuro itu ditetapkan pada 26 Oktober ini dan akan berlangsung tanpa tradisi yang sepatutnya.

Perkahwinan itu akan menyebabkan status dirajanya terlupus.

Mereka dijangka pindah ke amerika syarikat, yang mana di sana komuro bekerja sebagai peguam setelah berkahwin.

Sementara itu, adinda Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang Diraja Jepun, berdasarkan peraturan “Hanya lelaki dengan salasilah keturunan maharaja” layak mewarisi takhta.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found