Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Covid-19 : Hanya 0.5 peratus kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

KUCHING, 1 Oktober — Hanya 0.5 peratus atau 12 daripada 2,413 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 2,401 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan kumulatif kes di negeri ini 212,037.

Sementara itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Sepangah melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang yang terletak di Sepangah, Nanga Medamit, Limbang.

“Daripada 178 orang yang disaring, seramai 22 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 156 individu lagi didapati negatif,” menurut JPBN Sarawak menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, sebanyak 26 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 16 hingga 30 Sept.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan