Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cinta dua negara tumpas disyaki miliki dadah

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 1 Okt: Sepasang kekasih ditahan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kediaman terletak di Kin Link Garden Piasau, Miri, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Mohd Sabri Zainol, suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dan wanita warga China itu ditahan sekitar jam 5:30 petang Khamis.

“Hasil serbuan oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mendapati 198 paket plastik yang berisi serbuk disyaki ekstasi dengan anggaran berat kasar keseluruhan 7,600 gram bernilai RM118,500.

“Selain itu, turut ditemui dan dirampas ialah 590 biji disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat kasar 205 gram dan nilai rampasan RM29,500,” katanya.

Turut disita satu beg dan dompet berjenama, dua utas jam tangan berjenama dan satu loket emas bernilai RM29,000.

Hasil saringan air kencing kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine.

Salah seorang suspek juga memiliki rekod jenayah lampau juga berkaitan narkotik di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan