Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Amerika terus kukuhkan hubungan dengan Sarawak

KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Duta Besar A.S. Brian D. McFeeters baru-baru ini telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

McFeeters membincangkan hasrat kerajaan A.S. untuk memperkukuhkan perkongsian kesihatan awam A.S.-Sarawak dengan kedua-dua pemimpin selain penanganan isu Covid19, sumbangan dos vaksin Covid-19 dan sumbangan kesihatan, minat Amerika Syarikat untuk bekerjasama dari segi bantuan teknikal dan berkongsi amalan terbaik dalam teknologi tenaga hijau, pemuliharaan, dan bioteknologi untuk mengatasi krisis iklim.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kedutaan A.S. di Kuala Lumpur, McFeeters bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan juga Menteri Sarawak yang menjaga hal-ehwal kesihatan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian. Duta Besar McFeeters membincangkan hasrat kerajaan A.S. untuk memperkukuhkan perkongsian kesihatan awam A.S.-Sarawak dengan kedua-dua pemimpin.

“Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di Sarawak dalam menggalakkan keselamatan dan kemakmuran Sarawak,” kenyataan tersebut berbunyi.

Dari 27 September hingga 1 Oktober 2021, McFeeters melakukan lawatan maya ke Sarawak melalui beberapa siri pertemuan dengan pegawai kerajaan Sarawak, syarikat-syarikat, NGO dan alumni program pertukaran Kedutaan A.S. dari Sarawak untuk membincangkan kerjasama A.S.-Sarawak mengenai kesihatan awam, alam sekitar, keterangkuman digital, program pertukaran antara rakyat, dan banyak lagi. 

Lawatan Sarawak ini merupakan lawatan maya ketiga McFeeters di luar Lembah Klang. Sebelum ini, McFeeters melawat Sabah pada bulan Ogos dan Pulau Pinang pada bulan Julai. 

Turut dibincangkan ialah potensi mengimport teknologi dan produk A.S. untuk menyokong syarikat Malaysia dalam agenda tenaga bersih mereka dan juga meneroka cara-cara untuk kerjasama saintifik dan penyelidikan dengan firma dan institusi A.S.

“Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di Sarawak dalam menggalakkan keselamatan dan kemakmuran Sarawak,” tambahnya.

Selain itu Dalam pertemuannya dengan beberapa pemimpin Sarawak, McFeeters menekankan komitmen A.S. terhadap kerjasama keselamatan di Sarawak dan membincangkan keutamaan bersama untuk menangani keselamatan sempadan, hak asasi manusia, dan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat tanpa kewarganegaraan di Sarawak.
“COVID-19 kekal menjadi keutamaan bagi Amerika Syarikat, dan Kedutaan A.S. akan terus membantu Malaysia untuk memerangi pandemik ini.

“Selain satu juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan kepada Malaysia pada bulan Julai, kerajaan A.S. memberikan RM2 juta untuk sumbangan ambulans dan sokongan lain kepada Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Sabah dan Sarawak tahun lalu,” kenyataan tersebut berbunyi.

Amerika Syarikat juga turut meluahkan hasratnya untuk terus menyokong dan menggalakkan kerjasama penyelidikan yang membantu mengenal pasti penyakit zoonotik masa depan dan ancamannya, seperti kerjasama antara Universiti Duke dan Hospital Sibu.

McFeeters juga berkongsi fokus kerajaan A.S. terhadap perubahan iklim dan hasrat untuk menyokong Sarawak dalam meneruskan agenda tenaga bersihnya dengan Timbalan Ketua Menteri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS Datuk Sauu Kakok, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Biodiversiti Sarawak Dr. Charlie Yeo.

Pandemik COVID-19 tidak menghalang . McFeeters daripada berinteraksi secara inovatif dengan rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain yang dilakukan secara maya.

Sejak tahun 2004, Kedutaan A.S. telah bekerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak yang menjadi hos kepada Sudut Amerika (AC) Sarawak, sebuah platform bagi orang Sarawak untuk melawat dan mengetahui lebih banyak mengenai Amerika Syarikat dan perkongsian A.S.-Malaysia.

“Sudut Amerika Sarawak sangat penting dalam penganjuran program-program pendidikan dan mendekati masyarakat yang menggalakkan dan menyokong pereka dan pencipta muda melalui akses kepada teknologi dan sumber lain. 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan