AMERIKA SYARIKAT, 1 Okt – Burung belatuk ‘ivory-billed’ yang terakhir disahkan penemuannya pada 80 tahun yang lalu, diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat pada Rabu lalu.
Walaupun burung belatuk dan beberapa makhluk haiwan lain dicadangkan untuk dikeluarkan dari senarai spesies terancam A.S. pada beberapa dekad yang lalu, para saintis telah memberi amaran bahawa perubahan iklim yang disebabkan manusia dan kemusnahan habitat dijadikan sebab kepupusan haiwan tersebut.
“Dengan perubahan iklim dan kehilangan kawasan semula jadi mendorong semakin banyak spesies haiwan terancam pada masa kini, sekarang adalah waktunya untuk meningkatkan usaha secara proaktif, dan inovatif untuk menyelamatkan hidupan liar daripada pupus” kata Setiausaha Dalam Negeri A.S, Deb Haaland.
Menurut cadangan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar A.S., mereka akan menandakan beberapa kumpulan haiwan dan tumbuhan terbesar itu untuk diserahkan secara rasmi di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar utama Amerika, Akta Spesies Terancam (ESA), sejak disahkan pada tahun 1973.
Hanya 11 spesies yang disenaraikan melalui akta tersebut akan diklasifikasikan sebagai pupus pada tahun-tahun akan datang.
Manakala 23 spesies yang bakal dicadangkan untuk dikeluarkan pula terdiri daripada kelawar buah, kerang air tawar, ikan dan tanaman bunga daripada keluarga pudina.
Burung belatuk turut dikenali sebagai ‘Lord God Bird’ yang menjadi inspirasi kepada media kartun terkenal Amerika Syarikat, Woody Woodpecker.
Turut disenaraikan adalah burung ‘warbler Bachman’ yang telah lama tidak ditemui sejak 1962. Burung tersebut merupakan salah satu burung ‘nyanyian’ yang paling jarang ditemui di Amerika.
-REUTERS