Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Versatiliti, bahasa kiasan penuh mesej dalam karya antara sebab P. Ramlee dikenali golongan muda

SENIMAN Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee banyak menggunakan bahasa kiasan dalam kebanyakan dialog filemnya.

Menariknya, ketelitian bahasa termasuk kiasan yang digunakan oleh P. Ramlee dalam pembikinan filemnya ‘sangat menjadi’ sehingga mampu membuka minda masyarakat tanpa berkecil hati malah menjadi ikutan sehingga kini.

Memetik dialog karya malar hijaunya iaitu Seniman Bujang Lapok yang menggandingkan beliau bersama dua lagi lagenda perfileman Melayu, Aziz Sattar dan S Shamsuddin, anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu sempat mengajar masyarakat tentang pentingnya adab dalam berbahasa menerusi bait – bait berkenaan;
“memang betul dia cakap, engkau tu mana ada bahasa, panggil org hoi hoi hoi. Bahasa menunjukkan bangsa tau”.

Dalam soal ini, P. Ramlee mengingatkan kita bahawa bahasa itu perlu dipelihara dengan baik kerana bahasa itulah budi dan susila terutamanya dalam masyarakat berbilang kaum.

Kehandalannya bukan sahaja dalam mengarah filem sahaja tetapi turut berkeupayaan menggubah serta mendendangkan sendiri lagu-lagu nya yang menjadikan beliau seniman yang dikenang sehingga kini.

Bagi seorang peminat P. Ramlee, Romani Yadee yang juga seorang penyanyi di Sarawak berkata, sejak dari kecil lagi dia telah didedahkan oleh neneknya dengan filem-filem tokoh berkenaan.
Salah satu lagu P. Ramlee yang paling diminatinya adalah Getaran Jiwa yang disifatkan sebagai antara lagu terbaik pernah dihasilkan dalam industri muzik negara.


“ Saya selalu berdoa supaya mampu menyampaikan lagu-lagu dengan baik seperti P Ramlee , penuh pesona ketika menghiburkan peminat seperti yang kita saksikan menerusi televisyen.

“Semasa kecil, memang saya akan tertunggu-tunggu di hadapan televisyen pada setiap hari Sabtu jam 10 malam ketika filem P. Ramlee dimainkan di kaca televisyen pada.

“Dialah penghibur dialah pelawak kami dan penyanyi kami semua pada zaman dahulu hingga kini,” katanya.

Romani Yadee

Apa yang pasti, segala pengorbanan dan kerja keras P.Ramlee dalam berkarya akan terus dikenang dalam sejarah dan ingatan kita semua.

Bagi Rojina Junaidi, 40, P. Ramlee sememangnya menjadi idolanya malah beliau pernah memenanhgi pertandingan nyanyian Bintang P. Ramlee pada tahun 2004.

Rojina Junaid

Bagi peminat tegar seniman agung itu, Abdul Faiz Apandi, 30, versatiliti dan keunikan P. Ramlee menjadi sebab beliayu meminati P. Ramlee. Baginya, filem kegemaran lakonan P. Ramlee adalah Tiga Abdul.

“Hampir setiap minggu saya boleh ‘melayan’ menonton filem ini dan tidak bosan menontonnya berulang kali,” kata beliau.

Abdul Faiz Apandi

Bagi Md Saufi Hsssan, 32, cerita P. Ramlee yang paling diingatinya ialah Ali Baba Bujang Lapok dan antara dialog yang paling diingati beliau ialah “kuat makan belacan!”

Md Saufi Hsssan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan