Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

Sarawak rekod 2,487 kes baharu, pada Khamis

KUCHING, 30 Sept: Sarawak merekodkan 2,487 kes baharu COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 209, 624.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, hanya 15 kes dari kategori 3, 4, dan 5 melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator.

“ Kuching merupakan penyumbang utama tertinggi di Sarawak iaitu 745 kes, diikuti Miri (361), Sarikei (168), Sibu (139) dan Bintulu 108 kes,”katanya.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan bahawa terdapat 15 kematian akibat COVID-19 dilaporkan yang melibatkan sembilan lelaki dan enam perempuan dalam likungan 60 hingga 95 tahun.

“Dua daripa kematian dilaporkan pada 21 September melibatkan lelaki 79, dari Serian dan perempuan dari Betong.

“Tiga lagi kematian dilaporkan pada 26 September melibatkan perempuan 74, dari Sri Aman dan dua lelaki masing-masing berumur 65 dan 76 tahun dari Sibu dan Betong,”tambah JPBNS.

Tambahnya lagi, pada 27 September terdapat lima kematian dilaporkan melibatkan dua perempuan dan tiga lelaki berumur antara 56 hingga 77 tahun dari Miri, Sarikei, Kuching , Serian dan Samarahan.

“Dua lagi kematian dilaporkan pada 28 September melibatkan lelaki berumur 95 tahun dan 83 tahun dari Sibu dan Serian dan satu kes pada 29 September melibatkan lelaki berumur 74 tahun dari Kuching.,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan