Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pokok tumbang hempap kereta, dua beranak terselamat

SHAH ALAM, 30 September — Berpantang maut sebelum ajal, demikian detik cemas dilalui dua beranak yang terselamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Raja Nong menghala ke Taman Sentosa, Klang pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata insiden tersebut melibatkan sebatang pokok getah setinggi 80 kaki tumbang melintang jalan dan menghempap kereta jenis Proton Exora yang dipandu seorang bapa berumur 50-an.

“Kereta tersebut turut dinaiki anak lelakinya berusia 17 tahun,” katanya.

Menurut Norazam dua beranak itu berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut tanpa sebarang kecederaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.22 pagi.

Pihak bomba telah memotong dan mengalihkan pokok tersebut.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan