Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Keperluan permit rentas negeri, daerah akan diperhalusi

KUCHING, 30 Sept: Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak akan memperhalusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memerlukan permit polis untuk rentas negeri dan daerah bagi sektor perlancongan.

Jelas menterinya, Abdul Karim Rahman Hamzah, pihak berkuasa berkaitan diminta untuk tidak membuat sekatan yang tidak perlu bagi pengeluaran permit kepada pelancong dari Semenanjung Malaysia dan Sabah untuk memasuki Sarawak.

“Kita akan memperhalusi lagi berkenaan keperluan permit tersebut.

“Banyak sangat masalah yang akan timbul jika permit masih diperlukan untuk merentas negeri ataupun daerah seperti tiket penerbangan akan terbatal sekiranya belum mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) untuk merentas negeri,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Program Ziarah Belia Samariang pada Khamis.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk menyekat pergerakan rakyat sekiranya rakyat sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Menurut beliau, hal ini kerana masyarakat perlu percaya dengan keberkesanan vaksin dan mempraktikkan SOP-SOP tertentu dalam kehidupan seharian mereka. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan