OLD TRAFFORD, 30 Sept: Tewas pada perlawanan pertama bukan penghalang kepada skuad Ole Gunnar Solskjaer untuk bangkit pada minit-minit akhir apabila penyerang lagenda mereka, Cristiano Ronaldo meledak gol kemenangan 2-1.
Babak pertama perlawanan berlangsung dengan laungan #Oleout kedengaran selepas skuad The Red Devils merudum rentetan kekalahan kepada Young Boys dan Aston Villa sebelum ini.
Asakkan daripada pemain lawan tidak menjejaskan kubu Manchester United yang memberikan persembahan yang memukau meskipun ketiadaan Aaron-Wan Bissaka yang dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini.
Namun pada minit ke-53, Villareal berjaya memecah benteng pertahanan United apabila hantaran Amaut Danjuma berjaya diambil peluang oleh Paco Alcacer.
Keadaan tidak bertahan lama apabila Alex Telles menyamakan kedudukan menerusi rembatan kemas untuk mengembalikan kedudukan 1-1.
Seakan perlawanan akan berkesudahan 1-1, percaturan pintar oleh Ole Gunnar Solskjaer pada minit ke-89 dengan memasukan pemain sensasi, Jesse Lingard dan Fred menampakkan serangan ke kubu lawan.
Hasilnya, hantaran yang seakan pergi ke luar padang dari Fred ditanduk oleh Ronaldo untuk mencari rakan sepasukannya, Lingard.
Lingard yang melihat kedudukan Ronaldo digawang gol lawan mudah menolak bola ke Ronaldo yang segera melepaskan rembatan kencang.
Rentetan gol minit akhir tersebut laungan ‘SIUUU’ bergema di Old Trafford menyaksikan 76,000 penonton bersorak gembira.
Ini merupakan kemenangan pertama Manchester United kepada Villareal selepas kali terakhir mereka bertemu di final Liga Europa yang memihak kepada Villareal sekaligus mengangkat Villareal juara edisi 2020/2021.
Kemenangan Manchester United membolehkan mereka menduduki tangga ketiga dibelakang Young Boys dan Atalanta.