Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas didakwa sebabkan kebakaran sembilan lot kedai

KUANTAN, 29 September — Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kebakaran sembilan lot kedai di Padang Lalang di sini.

Yip Chee Hong, 61, yang tidak bekerja, didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong 7 Industri Padang Lalang di sini, pada jam 5 pagi 11 Sept lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan memohon supaya tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental sebelum kes tersebut dibicarakan.

Bagaimanapun peguam Datuk Zaharman Zainal Abidin yang mewakili Yip membantah permohonan itu.

“Anak guam saya tidak mahu menjalani pemeriksaan itu selain masih boleh berkomunikasi dengan baik dan mengingati nombor kad pengenalan semasa diminta. Bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara mahkamah,” kata Zaharman.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar membenarkan permohonan pendakwaan dan mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Permai, Johor Bahru.

 Mahkamah kemudian menetapkan 28 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan penilaian hospital berhubung kesihatan mental tertuduh.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByNur Suhaida Muliyono-
ByBernama-
ByBernama-