Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita tahan kesakitan selama 30 minit selepas tersepit dalam kereta

ByKhairil Zharif Affindie

BETONG, 29 Sept : Seorang pemandu wanita terpaksa menahan kesakitan selama lebih 30 minit setelah dia tersepit dalam keretanya yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Berbuing Spaoh di sini.

Difahamkan dalam kejadian itu yang berlaku pada jam 1.46 petang, pertembungan antara dua buah kereta telah berlaku menyebabkan salah seorang pemandu tersepit pada bahagian hadapan kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi, berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh 30 minit.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda dan sebuah kereta sedan. Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu wanita tersebut tersepit tetapi masih dalam keadaan sedar.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas RTA yang mengambil masa operasi lebih kurang 30 minit,” katanya ketika dihubungi TVS.

Vincent menambah, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jalan raya agak licin ketika kejadian berlaku.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, penumpang dan pemandu pacuan empat roda terbabit dilaporkan selamat. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan