Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga maut selepas melanggar pokok dalam kemalangan kendiri

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 29 Sept : Seramai tiga lelaki tempatan maut selepas kenderaan mereka hilang kawalan di selekoh di Jalan Bako, Kuching lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di tengah pembahagi jalan.

Kenderaan tersebut dikatakan sedang menghala dari arah bandar Kuching menuju ke arah Bako ketika kejadian kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketiga-tiga mangsa iaitu pemandu yang berusia 26 tahun, penumpang hadapan dan belakang yang masing-masing berusia 24 dan 28 tahun berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tabuan jaya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan hasil pemeriksaan awal petugas EMRS mendapati ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia ketika dikeluarkan dari kenderaan.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggila pada jam 6.43 malam semalam dan operasi ditamatkan pada 7.15 malam.

Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan kematian semua mangsa di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut memohon saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ardy Azwin bin Jamain di talian 016-8129617. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan