Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada isu remaja enggan divaksin- Rahman Junaidi

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Seramai 247 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di kawasan dewan undangan negeri pantai damai mandapatkan suntikan vaksin lengkap COVID-19 sebagai perlindungan bagi menghadapi pembukaan sesi persekolahan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setakat ini tiada isu remaja yang enggan menerima suntikan vaksin di kawasan tersebut.

“Untuk pengetahuan semua saya dimaklumkan oleh pengetua SMK Santubong tadi bahawa tiada remaja atau pelajar yang enggan untuk menerima suntikan vaksin, dan ini satu usaha yang baik dimana mereka mempunyai kesedaran untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SMK Santubong pada Rabu.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU)

Proses vaksinasi remaja di kawasan itu juga berjalan lancar meskipun membabitkan pelajar dari dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seni Kuching.

Tinjuan TVS juga mendapati rata-rata pelajar yang hadir mendapatkan suntikan dos kedua pada hari ini melahirkan rasa syukur terhadap usaha kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan kesihatan rakyat selain mencapai imuniti kelompok dikalangan remaja.

Nur Farhana, Pelajar

“Saya rasa bersyukurlah kerana ini mampu mengurangkan jangkitan Covid-19,” kata Nur Farhana, 16 tahun.

Ainul Hayat, Pelajar

“Lepas dos kedua ini saya rasa lebih selamat untuk belajar dekat sekolah dan tidak perlu lagi nak belajar secara PDPR,” ujar Ainul Hayat , 16 tahun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan