Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SOP terperinci pelancongan Sarawak diwartakan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 29 Sept – Prosedur Operasi Standard (SOP) terperinci berkaitan aktiviti pelancongan Sarawak telah pun diwartakan hari ini oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC).

Menurut Menterinya, Datuk Abdul Karim Hamzah, terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi, antaranya mendapat kelepasan daripada pihak polis serta kelulusan melalui applikasi enterSarawak.

“Semua pelancong juga harus lengkap vaksinasi dan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun yang belum mendapat suntikan vaksin harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap imunisasi pada setiap masa,” jelas beliau.

SOP berkaitan pelancongan domestik Sarawak.

Selain itu, pelancong juga dikehendaki menunjukkan keputusan negatif rt-PCR atau rtk-Antigen tiga hari sebelum memasuki Sarawak.

Menurut Karim, pelancong juga digalakkan untuk membeli insurans perjalanan COVID-19 dan memantau tahap kesihatan sepanjang masa.

Tambah beliau, peraturan yang dikenakan bersifat sementara dan mungkin berubah mengikut keadaan semasa COVID-19.

“InshAllah, halangan-halangan seperti yang saya nyatakan tadi sedikit demi sedikit kita akan longgarkan,” jelas Karim.

SOP terperinci berkaitan pelancongan domestik sarawak boleh didapati melalui laman sesawang MTAC di www.mtac.sarawak.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan