Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemasangan mesin ATM tertakluk kepada industri perbankan – Yamani Hafez

KUALA LUMPUR, 29 September — Pemasangan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan bandar atau luar bandar adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.

Katanya ini kerana langkah itu perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan ATM dan tahap penggunaan sebagai justifikasi bagi pemasangan ATM di sesebuah kawasan. 

“Bagaimanapun, jika terdapat keperluan khusus, kerajaan akan akan berbincang dengan pihak industri bank untuk memberi pertimbangan membuka ATM,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai cadangan pemasangan ATM bagi memberikan kemudahan tunai khususnya kepada penduduk di luar bandar. 

Menurut Yamani Hafez, sejak COVID-19 melanda negara, inisiatif peralihan kepada e-pembayaran atau pembayaran tanpa tunai telah mendapat sambutan memberangsangkan bagi memudahkan proses e-pembayaran dalam sektor awam. 

Katanya e-pembayaran di sektor awam telah menyaksikan penerimaan merangkumi 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan.

“Contohnya, Jabatan Imigresen yang telah melaksanakan e-pembayaran di kaunter di seluruh negara menyaksikan penerimaan yang tinggi merangkumi 84 peratus pada 2020 berbanding 48 peratus pada 2019,” katanya. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan