Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Padah berkumpul beramai-ramai di dalam pusat hiburan, RM104,500 jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 29 Sept : Seramai 44 orang lelaki dan 20 orang wanita bersama pemilik premis telah di kompaun gara-gara melanggar  Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata setiap seorang pelanggan telah di kompaun sebanyak RM1,500 manakala pemilik premis sebanyak RM10,000 dengan jumlah kompaun keseluruhan sebanyak RM104,500.

“Semasa pemeriksaan bertempat di pusat hiburan Carpenter Street, Kuching, 44 orang lelaki dan 20 orang wanita telah melakukan kesalahan dibawah peraturan 17 (1) PPPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021 kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Tambahan pula premis ini beroperasi melebihi masa dan pengunjung yang tidak mematuhi penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi TVS.

Pihak Polis dari Balai Polis Sentral Kuching yang diketuai oleh ASP Ahmad bin Abang telah menjalankan tugas Task Force Pemerkasaan Pematuhan SOP (PKP) 3.0 Zon 3 di sekitar pentadbiran Balai Polis Sentral.

Sementara itu, Ahsmon juga memberitahu pihak polis akan melipatgandakan usaha memerangi wabak sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun 2021 bagi memerangi COVID-19. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan