Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Negara kekurangan guru agama

ByKhairil Zharif Affindie

KUALA LUMPUR, 29 Sept : Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui terdapat kekurangan guru agama terutamanya di peringkat sekolah menengah di seluruh negara. 

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata KPM akan berbincang dengan Universiti tempatan yang lain untuk mengambil langkah membantu menangani masalah kekurangan guru agama.

“Saya ingat semua negeri kita boleh berbincang Inshaallah, kita akan pastikan cara-cara yang sesuai untuk berbincang dengan mana-mana Institusi Pendidikan termasuk Universiti kita untuk melahirkan guru agama yang kompeten dalam menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Alamin memaklumkan setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah. 

“Kita di KPM faham tentang kekurangan guru agama di seluruh negara dan kementerian sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah bilangan guru.

“Umpamanya, di Sabah, kita telah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam untuk membantu menangani masalah kekurangan (guru agama),” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan