Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Liga Juara-Juara: Liverpool cemerlang, Messi julang gol pertama PSG

PORTO, 29 Sept: Anak buah Jurgen Klopp berpesta gol di Estadio do Dragao ketika bertemu Porto bagi aksi kedua kumpulan B saingan Liga-Liga Juara Eropah. The Reds menang bergaya 5-1.


Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah, membuka jaringan seawal minit ke-17 selepas bola yang ditepis oleh Diogo Costa gagal diselamatkan. Salah yang mengintai peluang tersebut tenang memberi sepakan mudah ke gawang lawan.


Pada minit-minit akhir babak pertama diakhiri dengan jaringan mudah disumbangkan oleh Sadio Mane hasil hantaran lintang James Milner.


Memasuki babak kedua, Liverpool menambah tiga gol dengan melalui Salah dan pemain gantian, Roberto Firmino. Gol tunggal Porto oleh Mehdi Taremi tidak mampu menyelamatkan skuad bimbingan Sérgio Conceição.

Gambar : Gandingan Salah dan Sadio menjadi mimpi ngeri pasukan lawan (Kredit: UEFA)

Sementara itu bagi aksi kumpulan A, PSG menerima kunjungan skuad kendalian Pep Guardiola menyaksikan skuad emas bimbingan Mauricio Pochettino menumpaskan Manchester City 2-0 di Parc des Princes.


Pasukan pilihan utama bagi kejuaraan ini memulakan jaringan seawal minit ke-8 melalui rembatan kencang Idrissa Gueye.

Stadium keramat PSG menjadi saksi pada babak kedua apabila bekas pemain Barcelona, Lionel Messi mencetak gol sulung peribadi beliau untuk kelab tersebut hasil daripada sepakan kaki kanannya yang menewaskan penjaga gol City, Ederson.

Gambar: Messi meraikan gol kemenangan (Kredit: UEFA)


Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 2-0 dengan PSG mendahului dipuncak kumpulan A.

Berikut merupakan keputusan Liga Juara-Juara Eropah 2021/2022 pada minggu ini.

Keputusan perlawanan LigaLiga Juara Eropah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan