Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik baharu

SEOUL, 29 September — Korea Utara pada Selasa menguji peluru berpandu hipersonik baharu dikenali Hwasong-8, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Akademi Sains Pertahanan Korea Utara menjalankan ujian itu dari Toyang-ri, Kaunti Ryongrim, Provinsi Jagang.

“Pembangunan peluru berpandu hipersonik, satu daripada lima tugas yang menjadi keutamaan dalam rancangan lima tahun di bawah bidang senjata strategik yang ditetapkan pada Kongres Parti kelapan,” menurut KCNA.

Pada Selasa, tentera Korea Selatan memaklumkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari provinsi barat laut Jagang ke arah timur, tanpa memberikan butiran lanjut.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan