Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din menunjukkan sebahagian alat ganti kereta yang berjaya ditemui polis selepas menumpaskan satu sindiket yang menipu bayaran ketika membeli peralatan berkenaan.

Sindiket tipu pembekal alat ganti kenderaan hampir RM1 juta tumpas

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Sept : Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan bayaran alat ganti kenderaan yang mengakibatkan kerugian hampir RM1 juta kepada syarikat pembekal dan peniaga barangan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) , Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di Kuantan, Pahang pada 24 September lepas, pihaknya berjaya menahan lima lelaki Cina tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

Katanya, serbuan itu juga berjaya membongkar lokasi alat ganti kenderaan yang bernilai kira -kira RM936 783 disembunyikan.

” Sindiket ini berselindung dengan menggunakan nama Syarikat Ban Heng Auto dan dipercayai telah menjalankan operasi penipuan sejak Mac tahun ini. Bagi setiap pesanan yang dibuat, sindiket ini akan menyerahkan slip pembayaran berjadual kepada mangsa bagi menunjukkan seolah-olah bayaran telah dibuat,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, setelah barangan dihantar, mangsa menyedari bahawa slip pembayaran yang diberikan adalah palsu.

Katanya, kesemua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan